" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu...."
بسم الله الرحمن الرحيم


Saturday, November 10, 2012

Brand New Life!!

Salam 'alaik...

   Hehe...long time no see.. I think it has been 2 month that I don't update my blog or..maybe 3 month actually since I entered university...sorry my dear blog, I neglected you for a long, long time... please blame my HECTIC TIME!! I don't have time nor idea (this is actually the main reason) to write any post. What a pity...

       Love to say that so far I'm happy with this campus life. New life, new friends, new environment, new room mates ( the best ever in u, I luv you all!-k.bai, xecron, imah,iqa n fathiah!). Thank God that I'm okay with  all the brands new thing. Alhamdulillah! Though for  the first week I'm not so well, homesick, got infected with flu that I started to sneezing and got runny nose, but yay!! My body is perfectly adapt with new environment now!! ...and the most importantly, I found my 'Happy Circle' here!! So excited.. Even there is only 3 to 4 people in this circle, but I enjoyed so much. I felt so comfortable with all the members like we've known each other for a long time. Serious, tak tipu!! Yeah,then which of the Blessing of my Lord that I denied?? Thank you so much Allah...

      Now I realized that there are a lot of hikmah why Allah placed me here. Truly, Allah knows the best..He gave us failure to make me think of Him, and sincerely seek His guidance. Allah said:...It is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. and Allah know, and we know not. ( Al-Baqarah:216) Before I leave, here is the poem that I wrote during my matriculation...(just ordinary poem but give a big impact on me)

            Life is precious, full of shocks and suprises...
            But sometimes that times are rough..
            Everything is tight and going to be tough.

            Your dreams might be too high,
           Just stay still and let out of sigh,
           When time flies with the myth,
           Catch the moon and reach your zenith,

          Don't give up and continue to dive,
          This is what we called 'A Life'...





footnote : Though I can't reach my dream, it's enough when I see people with same name with me achieved    it..happy for them and I know it's not my rizk...maybe Allah prepared something better for me..


             

Friday, September 07, 2012

Dia Juga Istimewa


    

           “Hafiz! Ini dah kali keempat tahu cikgu telefon ibu beritahu Hafiz tak fokus dalam kelas. Asyik tidur. Berangan . Suka melukis. Mana taknya report card asyik merah je!”. Berasap rasanya kepala Safira. Kemarahannya tidak dapat dibendung. Bukan sekali dua Cikgu Fatihah, guru kelas Hafiz mengadu masalah anaknya.  Entah di mana silapnya, anak keduanya itu selalu ketinggalan dalam pelajaran, sedangkan empat anaknya yang lain tidak menghadapi masalah seperti itu. Hendak dimarah, itulah anak lelaki satu-satunya.

            “ Apa masalahnya Hafiz. Apa yang tak cukup lagi? Ibu dah hantar Hafiz pergi tuisyen, kelas sana sini, jemput cikgu datang rumah. Apa yang susah sangat sampai nak mengeja, membaca pun payah? Hafiz suka orang panggil Hafiz bodoh, bebal. Hafiz suka orang pandang serong pada ibu?” Nada suara Safira semakin tinggi. Kesabarannya kian memuncak. Dia memilih untuk beredar daripada Hafiz sebelum apa-apa terjadi. Anak kecil itu hanya mampu tertunduk. Matanya berkaca. Sesekali bola matanya memandang ke arah Safira. 

               “ Ibu, maafkan Hafiz. Hafiz janji takkan buat lagi. Lepas ni, Hafiz belajar sungguh-sungguh. Ibu jangan marahkan Hafiz lagi ya?.” Rakaman suara itu dimainkan berulang kali. Safira tahu Hafiz takkan menulis perkataan maaf kepadanya. Dia lebih selesa menggunakan perakam suara  untuk meluahkan sesuatu. Sayu hatinya mendengar suara putera tunggalnya itu. Perakam itu diletakkan di hadapan biliknya sejurus selepas  makan malam tadi, ketika Safira sedang sibuk mengemas ruang makan. Ya Allah, maafkan hamba-Mu ini. Aku betul-betul keterlaluan tadi. Astaghfirullah. 

             Perlahan-lahan  Safira membuka pintu menuju ke katil Hafiz. Direnung wajah polos yang sedang enak diulit lena itu. Besar sangatkah salah anak ini sampai aku marah benar kepadanya? Dia baru berusia lapan tahun. Masih mentah untuk mengenal dunia. Mungkin aku hanya terlalu ikutkan emosi. Safira sedar sejak kematian suaminya, dia sering cepat marah. Lagi-lagi dengan perangai Hafiz yang selalu malas dan selalu menyendiri. Tapi dia juga sedar, apa yang dilalui Hafiz juga tidak mudah.  Sejak kecil, Hafiz memang rapat dengan ayahnya.  Segala sesuatu mesti dikongsikan bersama ayahnya.  Tapi, semenjak ayahnya meninggal, Hafiz sering mengasingkan diri.  Hiba hati kecilnya melihat Hafiz. Ya Allah, ini ujianMu. kuatkanlah aku, kuatkanlah anak-anakku dan kuatkanlah Hafiz. Ameen.
  

            Bersepah! Rimas Safira dibuatnya melihat keadaan bilik Hafiz seperti tongkang pecah. Ikutkan hati, rasa mahu saja melenting pagi-pagi buta. Satu persatu buku-buku yang bersepah di lantai dikemas.  Dibelek sehelai demi sehelai. Tulisan tangan anaknya cukup sifat untuk digambarkan sebagai cakar ayam. Ejaannya juga banyak yang salah, huruf yang ditulis juga selalu sahaja terbalik.Malah,lebih banyak lukisan daripada tulisan di dalam bukunya.  Kerja-kerja rumahnya juga banyak yang tidak disiapkan. Safira geram. Dia yakin anaknya itu belum benar-benar mahu berubah. Mahu saja dipanggil Hafiz yang sedang bersarapan di bawah.



                Mata Safira melilau di bilik Hafiz. Mencari bukti  yang pasti. Dibelek segala yang ada di bilik itu satu-persatu. Matanya tertancap kepada tulisan dan lukisan yang ditampal di almari Hafiz. Ejaan huruf anaknya sering tertukar. Huruf yang sepatutnya ditulis p menjadi q, huruf b menjadi d. Safira juga teringat Hafiz sering memberitahu yang dia sering diejek dan disisihkan kawannya kerana lambat menulis. Anaknya itu juga sering mengadu tidak memahami apa yang dibaca. Berlinang air mata Safira. Perbualannya bersama cikgu Fatihah bermain-main di fikirannya.


“Puan Safira, saya rasa Hafiz ada masalah dyslexia. Mungkin inilah yang menyebabkan pelajarannya terganggu,”

“Dyslexia? Maksud cikgu, Hafiz sakit? Dia tak macam kanak-kanak normal lain?”

“ Mula-mula saya pun tak pasti. Tapi terlalu banyak simptom dyslexia yang dialami oleh Hafiz. Dia selalu menulis huruf terbalik. Keliru antara kanan dengan kiri. Pakai kasut terbalik. Tapi puan jangan risau. Mungkin Hafiz bukan macam kanak-kanak lain. Awal-awal ni di akan menghadapi kesukaran mengenal huruf-huruf tertentu, mengira  dan membaca. Tapi kalau kita tolong dia sungguh-sungguh, dia ada perlu potensi untuk menyerlah bahkan lebih cemerlang daripada kanak-kanak lain.”

       Safira terpempan. Sungguh sebagai ibu dia tidak perasan  perbezaan anaknya itu. Malah, dia jugalah insan yang selalu memarahi Hafiz.  Sungguh, dia rasa bersalah kepada Hafiz. Anaknya itu  perlu dibantu bukan disisihkan. Dia yakin, setiap manusia itu diciptakan berbeza  tetapi semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri.
                  
                              *****************************************************

p/s : kisah ni terinspirasi selepas menonton filem hindustan, Taare Zameen Par(every child is special) lakonan & arahan Aamir Khan (walaupun jalan citer ni memang jauh beza dgn filem tu). Kalau tak silap citer ni dah lama, tahun 2007. Filem pasal seorang kanak-kanak yang mengalami dyslexia. Serius, Not Ordinary Film!!!sila sediakan tisu banyak-banyak untuk tengok filem ni. Sangat menyentuh hati. 3 idiots & citer ni memang best!! Malaysia needs inspirational film like this to become an eye opener for us bukan cerita cinta, seram n lawak semata je. Ok, peace no war! Wassalam..


Saturday, August 18, 2012

Farewell to Ramadan: My Reflection

Dear all...assalamualaikum...



Time flies so fast!! I was just thinking how quickly the holy Ramadan go by! It seems like we started to fast just yesterday. But, now it's all over. Couldn't believe that it's Syawal now!! I will be missing this month for sure.. O Allah, can I meet Ramadan again?? or is it my last Ramadan? As 29-rewarding days is eventually going to end, I pray that may Allah have forgiven us for every single wrongdoing that we have done either it is big,small, intentionally or unintentionally.

Honestly, Ramadan this year has became an eye-opener for me. When I read about massacre of Rohingya muslims in Burma, ferocity in Syria, somalia famine & never-ending-war everywhere, it can't help but big tears rolling down my face. When I was happy to break fast with a lot of delicious food here, there are a lot of people out there who can't even have anything to eat...when I was happy celebrate Ramadan with my beloved family, there are a lot of Muslims out there who can't even have anyone to celebrate with...when I was calmly perform solat terawih in masjid, there are a lot of Muslims out there who have to face with death when they are perform solah. Tragic, huh?

Dear brothers & sisters out there, nothing can I for now aside from continuously dua'...always remember that Allah mentioned in Quran that He never burdens a soul beyond it can bear...

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(2:286)

Truthfully, Alhamdulillah...thank you Allah for all your ni'mah. Nikmat manakah yang kami dustakan!! We are all his servants...in the end, nothing but Allah & Jannah that we seek! Oh Allah, protect us during our stay on earth and under it and during The Day of Judgement!! You are the most Gracious & the most Merciful...

Now it's time for us to bid adieu to Ramadan..dear Ramadan, let's meet again next year..InsyaAllah!!
And a very warm welcome to month of Syawal....Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir & batin


quote a day: I-do omedetou gozaimasu!! kokoro kara moshiwake arimasen deshita!!

Monday, August 13, 2012

Ramadan...am I late???

In The Name of Allah The Most Gracious & The Most Merciful..

*ough!hukhuk!! I found spider web in this blog!!

It's been awhile since my last post & I've been super duper busy back then. Handle all the documents for my  entrance to university yg tak siap-siap lagi & happily welcomed a super cute newcomer to my family. Baby girl yang lepas ni menambah-nambahkan lagi kerancakan kat rumah. Yup! the more the merrier. How  lucky to be born in this holy month!!

Happy Ramadan Kareem everyone! (it's a bit late but hopefully still valid to wish as only a few days left before syawal)

I luv the circumstances during Ramadan! Now you can see a lot of people come to masjid & perform solah together..jemaah during solat Subuh as many as solat jumuah, people compete in giving sadaqah, tazkirah are everywhere...even many majlis ilmu nowadays  broadcast in television (e.g Tanyalah Ustaz,really luv it)
hopefully, this will continue till finish Ramadan...(sayang kan kalau buat dalam bulan pose je?) Let's continue our amalan to the infinity & beyond



Yeah, it's 24th Ramadan today & tonight is an odd night in the last 10 nights of Ramadan!
How was your fasting going?? Have you done all the preparations that you planned before? still searching for Lailatul Qadr, The Night of Destiny??
Hopefully Yes. Don't give up & continue seeking this special night, tahu?


 
Grab this chance!! A reminder for me too especially...chase this worthy & holiest night. Biiznillah, from dawn to sunset, malaikat will come down for granting the requests of all Muslims. Allah listens directly for our requests. Plus, Nabi Muhammad declared "whoever prays during Lailatul Qadr with faith and hoping for its reward will have all his previous sins forgiven". Our God is so kind, right? So, what are you waiting for??
Have a great day & enjoy your ibadah!! Nak masuk pintu syurga Rayyan tak??Please don't waste this precious days left with unnecessary things ye...May all of us be blessed forever...few days left, will always miss Ramadan



p/s : sorry for my grammar mistakes! Yes my bad, please help me to improve, kay!seronok tengok perangai budak-budak kecik waktu puasa! macam2 ragam tapi comey! Special thanks to my beloved niece & nephew...sedap sangat buat coklat chip!!

quote a day: Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha mulia yang suka memberi pengampunan, maka ampunilah kami..keluarkanlah kami dari api neraka & masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu..sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...AMEEN!!

Monday, July 16, 2012

Jom warm-up!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


dah sedia semua??? Yup...RAMADAN WILL COME SOON!!! Bulan barakah yang ditunggu-tunggu...akhirnya cuma tinggal minggu depan untuk bertemu (jika diizinkan Allah)! Sejauh mana persediaan kita? Apa amalan yang kita akan buat? Semua tu perlu diambil kira...analoginya sama macam  kita mahu menghadapi peperiksaan...memerlukan kesungguhan & skill yg betul.

 Kalau kita sanggup stay up bersengkang mata sepertiga malam untuk study, kita juga mesti boleh berjaga malam untuk qiamullail, melakukan solat-solat sunat...merendah diri di hadapan Yang Esa.

Kalau kita sanggup berusaha membaca buku berulang-ulang kali sehingga faham, kita juga mesti sanggup berusaha mengkhatamkan   al-Quran, memahami & menghafaznya..

Kalau kita sanggup cari masa untuk hadir ke kelas-kelas tambahan, kita juga mesti sanggup cari masa untuk hadir ke kuliah-kuliah agama di surau/ masjid...paling-paling pun dengar tazkirah ringkas di radio@ tv.

Yup...banyak perkara yang perlu kita praktiskan sebelum menjelang Ramadan ni, selagi belum sampai masanya selagi tu kita belum terlambat...



Jadi jom kita cuba mengerahkan tenaga & upaya untuk pelihara kesemua ni...

1.Pancaindera
Ramadan memang landasan yang terbaik untuk kita menjaga kesemua pancaindera yang ada. Jadi, menjelang bulan mulia ni apa kata kita cuba mengawal diri daripada segala nafsu serakah jahat yang membuak-buak. Daripada kita paksa mulut & telinga kita untuk mengumpat, mendengar & bercakap perkara-perkara yg lagho, jom kita cuba dengar tazkirah-tazkirah, ceramah agama, mengaji, berzikir, dan cakap benda-benda yang lebih bermanfaat.. mata pula lebih baik kita arahkan kepada benda-benda yang baik.

2.Kesihatan
Yes..this is necessary. Jom pastikan kesihatan kita berada pada tahap yg paling optimum..barulah kita boleh beramal ibadah dengan sempurna.

3.Masa
Ini juga penting. Kalau sebelum ni kita selalu lewat-lewatkan solat...inilah peluang untuk kita belajar jadi orang yang berebut-rebut untuk solat di awal waktu. Dan juga bijak untuk membahagikan masa kejar waktu untuk khatam al-Quran...

Jom...plan our time wisely. Grab this  30 days great opportunity to get bless from HIM. Learn as much as possible & try our best to implement Sunnah into our daily lives.May Allah enable us to make the best in this Ramadan & lets ask Allah to grant us ability to change ourselves better...Lets make our Ramadan to the infinity...and beyond!!

jom tengok vid daripada ismaaustralia..



Yup..all this advices ni hanyalah sebagai peringatan kepada diri yang kerdil & hina ini. A few months more sebelum masuk u, Ya Allah berilah aku kekuatan & ketabahan untuk aku pelihara iman yang hanyalah senipis bawang ni...jadikanlah diriku sentiasa mengingati-Mu walau apa jua yang ku lakukan...AMEEN..

quote a day: DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya...HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya..KATA YANG SIA-SIA itu racun, ZIKIR itu ubatnya..SELURUH UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya... SELURUH TAHUN itu racun, RAMADAN itu ubatnya...

Friday, July 13, 2012

Alhamdulillah..penantian berakhir!

Salam 'alaik

hormon adrenalin terus-terusan lincah keluar...jantung masih kejap mengepam oksigen...peluh mula aktif merembes...otak laju memberi arahan...debaran kian terasa


'click' ! jari pantas menekan papan kekunci....

" Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji" (Luqman:12)

yup,Alhamdulillah...
Finally, just got my UPU result...terima kasih Ya Allah. He answered my prayer. Berdebar jugak bila first bukak tadi, dia tulis lebih kurang 'maaf, data anda tiada dalam rekod'...memang berdebar tak tentu hala, rasa kecut sekejap jantung...mungkin waktu tu dalam mode busy, try dua tiga kali baru okay..apapun, alhamdulillah again...ya.. mungkin offer ni yang terbaik daripada Allah...kita merancang & Allah juga merancang, tapi  perancangan Allah yang paling baik...


A step forward in my life...bermulalah fasa baru lepas ni, kena prepare physically & mentally.. paling penting kena work hard & pray more!

nota kaki: tengok al-kuliyyah pasal doa yang terhijab teringat ada berapa hari lagi sebelum puasa, banyakkan berdoa dalam bulan yg mulia ni & jom persiapkan diri untuk madrasah Ramadan...rancang masa  baik-baik..


quote a day: Realize how much you have to grateful for, then start giving the worlds your thanks instead of your complaints...

Monday, July 02, 2012

Hujan Oh Hujan



As-salam....




         mood menulis=hujan lebat+kesejukan+gelap. Sejak dua tiga hari ni dah selalu hujan kat sini, dan hari ni adalah yang paling kemuncak rasenya. Hujan lebat+ribut+angin+guruh+blackout= scary.
Tiba-tiba terfikir pulak macam mana la orang gelandangan yang tak ada rumah, mesti rasa sejuk, rasa takut, rasa sunyi. Berlindung di sebalik kotak je, tak pun di kaki-kaki lima. Macam mana pulak kalau rumah yang bocor, terpaksa letak baldi untuk menakung air, baju habis basah kena tempias. Ini belum lagi dengan mangsa banjir, mangsa tsunami, terus ranap rumah. Makan minum pun belum tentu terjaga. Macam mana pulak kalau kita sendiri yang ada pada situasi ni? Nauzubillah. Terima kasih Ya Allah, sekurang-kurangnya Kau berikan tempat berlindung & udara untuk kami bernafas selama ni.


       Dan satu lagi teringat masa zaman sekolah rendah, kanak-kanak ribena dulu, setiap kali hujan mesti nak main kat luar, tapi kalau lebat sangat dgn ada guruhnya & kilat, confirm rasa takut, rasa nak tutup telinga, rasa nak tidur, rasa nak nyorok dalam selimut dan rasa macam nak kiamat. Lagi-lagi kalau hari tu hari jumaat. Tambah-tambah pulak kalau hujan tu waktu kat sekolah agama, dengan  pokok kapas yang kalau ada angin mesti kapas tu terbang ala-ala langsuir tak pun terfikir kalau-kalau pokok tu tumbang. Time tu la ingat nak mati, rasa nak insaf, baru nak baca ayat Quran, baru terfikir amalan tak cukup lagi...semua berputar2 di kepala. Aduh...jahil betul rasanya. Kan bagus kalau setiap masa ingat macam tu, lagi-lagi bila dah besar sekarang. Tapi, lagi malu kalau tengok budak-budak kecik baya tadika pandai baca doa waktu guruh@kilat, kalah orang yang dah besar. Kerdilnya rasa. Rasa suci je mata memandang. Rasa macam nak rewind ke zaman kanak-kanak. Zaman yang belum banyak buat dosa.

p/s:...okay,hujan dah berhenti.Suka dengan bau basah lepas hujan (petichor) ni, rasa fresh je. Terima kasih jugak buat pak cik TNB yg betulkan elektrik ni. Lain kali kalau hujan boleh baca doa ni:



  



Jangan lupa jugak hujan ni antara waktu mustajab utk berdoa. Apa lagi, moh la kite berdoa!


quote a day: life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning how to dance in the rain.



Friday, June 29, 2012

Yoroshiku onegaishimasu..

Salam semua,

hari ni rasmi dah first time saya berblogging, walaupun tak tahu masa depan yang cerah untuk blog ni...semoga saya  terus gigih nak menulis & 'mengupdate'. Apapun, sila berikan tunjuk ajar! yoroshiku onegaishimasu...

Tapi sebelum tu jom ambik berkat ramai2...jom bukak blog ni dgn al-fatihah!


mata ne!