dah sedia semua??? Yup...RAMADAN WILL COME SOON!!! Bulan barakah yang ditunggu-tunggu...akhirnya cuma tinggal minggu depan untuk bertemu (jika diizinkan Allah)! Sejauh mana persediaan kita? Apa amalan yang kita akan buat? Semua tu perlu diambil kira...analoginya sama macam kita mahu menghadapi peperiksaan...memerlukan kesungguhan & skill yg betul.
Kalau kita sanggup stay up bersengkang mata sepertiga malam untuk study, kita juga mesti boleh berjaga malam untuk qiamullail, melakukan solat-solat sunat...merendah diri di hadapan Yang Esa.
Kalau kita sanggup berusaha membaca buku berulang-ulang kali sehingga faham, kita juga mesti sanggup berusaha mengkhatamkan al-Quran, memahami & menghafaznya..
Kalau kita sanggup cari masa untuk hadir ke kelas-kelas tambahan, kita juga mesti sanggup cari masa untuk hadir ke kuliah-kuliah agama di surau/ masjid...paling-paling pun dengar tazkirah ringkas di radio@ tv.
Yup...banyak perkara yang perlu kita praktiskan sebelum menjelang Ramadan ni, selagi belum sampai masanya selagi tu kita belum terlambat...
Jadi jom kita cuba mengerahkan tenaga & upaya untuk pelihara kesemua ni...
1.Pancaindera
Ramadan memang landasan yang terbaik untuk kita menjaga kesemua pancaindera yang ada. Jadi, menjelang bulan mulia ni apa kata kita cuba mengawal diri daripada segala nafsu serakah jahat yang membuak-buak. Daripada kita paksa mulut & telinga kita untuk mengumpat, mendengar & bercakap perkara-perkara yg lagho, jom kita cuba dengar tazkirah-tazkirah, ceramah agama, mengaji, berzikir, dan cakap benda-benda yang lebih bermanfaat.. mata pula lebih baik kita arahkan kepada benda-benda yang baik.
2.Kesihatan
Yes..this is necessary. Jom pastikan kesihatan kita berada pada tahap yg paling optimum..barulah kita boleh beramal ibadah dengan sempurna.
3.Masa
Ini juga penting. Kalau sebelum ni kita selalu lewat-lewatkan solat...inilah peluang untuk kita belajar jadi orang yang berebut-rebut untuk solat di awal waktu. Dan juga bijak untuk membahagikan masa kejar waktu untuk khatam al-Quran...
Jom...plan our time wisely. Grab this 30 days great opportunity to get bless from HIM. Learn as much as possible & try our best to implement Sunnah into our daily lives.May Allah enable us to make the best in this Ramadan & lets ask Allah to grant us ability to change ourselves better...Lets make our Ramadan to the infinity...and beyond!!
jom tengok vid daripada ismaaustralia..
Yup..all this advices ni hanyalah sebagai peringatan kepada diri yang kerdil & hina ini. A few months more sebelum masuk u, Ya Allah berilah aku kekuatan & ketabahan untuk aku pelihara iman yang hanyalah senipis bawang ni...jadikanlah diriku sentiasa mengingati-Mu walau apa jua yang ku lakukan...AMEEN..
quote a day: DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya...HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya..KATA YANG SIA-SIA itu racun, ZIKIR itu ubatnya..SELURUH UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya... SELURUH TAHUN itu racun, RAMADAN itu ubatnya...






