" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu...."
بسم الله الرحمن الرحيم


Monday, August 19, 2013

Now..back to reality!!

Assalam...

        Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone!!! Mohon maaf zahir & batin andai ada terkasar bahasa, perbuatan, & termasam muka. Lama dah rasanya hilang daripada segala media sosial, fb mahupun telefon...bukan merajuk ye cuma ada beberapa  kekangan yg tak dapat nak dielakkan. Alhamdulillah, raya tahun ni rasa paling bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pertama kali beraya di perantauan, walaupun bukan sebab belajar di overseas (bez jgk kalau dapat peluang, insyaAllah) ataupun sebab melancong tapi alhamdulillah diberi kesempatan menjadi tetamu Allah untuk 18 hari...Sebenarnya, preparation untuk beraya tahun ni memang tak de sangat sebab bertarik tali dengan keputusan untuk ke tanah suci. Alhamdulillah 3 hari sebelum tarikh fly, baru tahu dapat pergi...


berlatar belakangkan  masjidilharam..(orang dalam gambar tiada kena mengena dengan penulis & keluarga)

        Subhanallah, kalau nak cerita keindahan di sana,tak terkata rasanya...dah banyak pun blogger2 yang tulis travelogue pengalaman di tanah suci.Terlalu banyak iktibar yang Allah tunjukkan di sana. Sangat-sangat kerdil rasanya diri ni. Rasa macam tak percaya sangat-sangat bila nampak Kaabah depan mata, automatik memang mengalir terus air mata waktu tu. Dalam hati dah cakap dah "Ya Allah, aku tau banyak sangat dosa aku, tak layak rasanya aku berdiri di hadapan rumahMu". Allah je yang tau perasaan waktu tu. Terlalu ramai manusia berkumpul yg tak lain tak bukan semuanya nak mengabdikan diri kepada Allah..daripada yang masih gagah berjalan, sampailah yg jalan terdengkot-dengkot, berkerusi keroda,yg kurang upaya malah ada yang mengengsot ketika tawaf dan kalaulah dapat digambarkan keadaan manusia beribadah di sana...Subhanallah, malunya diri yg cukup sifat dan sihat walafiat ni nak melengahkan solat, malunya diri yg diberi sedikit rezeki  oleh Allah ni tp tak berkongsi sedangkan terlalu ramai lagi manusia  yg berebut untuk bersedekah.Bayangkan, kat sana semua berebut-rebut nak bagi sedeqah pada orang, walaupun cuma tisu dan tuang air, tapi sgt besar pahalanya lagi2 di tanah suci ...malunya diri dalam keadaan muda tapi susahnya untuk membaca al-quran walaupun satu muka surat sedangkan kat sana, orang-orang masuk masjid je terus menelaah al-quran..kagum betul!!
ramai sangat orang! antara gambar yang sempat ambik..waktu ni bulan puasa

        Paling menusuk rasanya waktu bacaan qunut nazilah dalam solat witir setiap malam..nak kata lama memang lama, adalah dalam 30 minit lebih tapi subhanallah memang lengkap sangat doanya..boleh meremang terus bulu roma ni dengar suara rintihan imam tu baca doa. Even yg faham sikit2 ni pun boleh terkesan..apatah lagi orang-orang arab yang faham ni, memang menangis habis-habisan. Lagi-lagi waktu dibaca doa yg lebih kurang bunyinya "Allahummansur ikhwanina al-mujahideen fi Falastin, fi Burm, fi Suriah, fi Misr, fi kulli makan, fi kulli zaman"...Ya Allah, cuba bayangkan kalau doa 40 orang Muslim pun boleh mustajab..inikan pulak doa yang diaminkan beratus ribu manusia, yang dalamnya ada ulama2, hafiz hafizah, atau mungkin jugak wali-wali Allah..apatah lagi di Tanah yang Allah janjikan berganda-ganda pahalanya..Subhanallah!!!

      Dan sekarang...dah balik ke tanah air, kembali semula kepada realiti. Rindu sangat dengan suasana di sana tapi perjuangan di sini masih jauh lagi untuk diteruskan. Cabarannya untuk terus istiqamah. Sebak bila baca info-info di media massa tentang Mesir lagi-lagi bila tak mampu untuk membantu. Berilah kekuatan kepada yang benar, Ya Rabb..janjikanlah syahid kepada mereka. Menangkanlah Islam ke atas kami. Ameen..


notakaki : Bila fikir, tebalnya lagi penyakit 'wahn' dalam hati. Kalaulah saat ni Allah panggil kembali, apalah jawapan untuk soalan apa yang aku lakukan untuk Islam ketika di dunia?? Astaghfirullah... Sahabat.. bimbinglah aku kepadaNya, nasihatilah aku ketika lalai....tegurlah aku jika aku merasa diriku 'watak putih' dalam dunia ini..






manusia biasa,

Che’kitakato

Wednesday, July 10, 2013

Ramadan dan Kita...

                                                                                sini

            Alhamdulillah...It's Ramadan, again! feeling happy?? happy fasting everyone!! ^_^. Cepat rasanya masa berlalu...macam baru beberapa hari lepas menulist post Ramadan tahun lepas. Alhamdulillah, pertama kali berpuasa di U, pengalaman yang tak jauh berbeza dengan matrik..tapi yg penting semua benda kena berdikari. Teringat momen  zaman sekolah menengah yang bangun sahur dikejut, dapat vitagen waktu sahur, sediakan makanan berbuka ramai-ramai ikut dorm, terawih di surau sekolah..Allah, rindunya saat-saat tu. Benarlah, kadang-kadang kita akan lebih menghargai perkara yang lepas berbanding menghargai sesuatu  yang masih ada di hadapan kita. Semoga tahun ni membawa keberkatan dan seribu makna buat kita.Nampak tak, sayangnya Allah pada kita, masih ada lagi peluang kita untuk menyambut Ramadan tahun ni...

          Sejujurnya, Ramadan kali ni sangat bercampur-baur buat saya. Gembira, sedih..semua ada. Hari ni kita lihat dunia Islam sangat-sangat dizalimi!! Saat-saat kita bersedia untuk melangkah kpd Ramadan, kita dikejutkan dengan macam-macam peristiwa sedih. Bermula dengan isu Syiah,penggulingan Dr Morsi, sehinggalah kpd tragedi Subuh berdarah yg meragut banyak as-syahid di Mesir. Sungguh, saya kagum dengan kecekalan rakyat-rakyat Mesir sekarang walaupun masih ada sebilangan yg menganggap Dr Morsi sebagai diktator.Jujur saya katakan, jika perkara ini berlaku kpd kita (Nauzubillahiminzalik), belum tentu lagi kita masih bertahan seperti mana mereka.


          Lihatlah, hebatnya tarbiah Ikhwanul Muslimin..hasil didikan daripada yang hanya bermula daripada pertemuan kecil. Teringat kepada kata-kata yg sering diingatkan oleh seorang naqibah , jangan memandang ringan kepada pertemuan-pertemuan kecil, kerana dengan pertemuan itulah kerangka besar dibina. Paling tidak mereka sudah menjadi calon as-syahid sedang kita di sini, masih ada yang terleka..menganggap isu seperti ini bermusim. Allahurabb, kerdilnya diri. Isu Mesir bukan hanya Mesir,tetapi isu besar Islam...terlalu banyak isu kezaliman kepada dunia Islam sekarang, daripada Palestin, Syria, Rohingya, Mesir dan belum dikira lagi ramainya umat Islam yang ditindas di negara-negara barat.Jom kita renungkan, Mesir merupakan salah satu aset penting Islam hari ini, kedudukan Mesir di tengah-tengah boleh menjadi penyelamat kepada negara-negara arab,penguasaan Islam di Mesir menandakan penguasaan kepada pintu Rafah di sempadan Palestin, dan tidak mustahil penguasaan Islam di sana boleh menjadi catalyst kepada kemunculan kembali sistem khilafah  insyaAllah...

       Bukan mudah untuk berada di puncak kejayaan, memerlukan perjuangan yang tidak henti-henti dan pengorbanan yang besar. Lihatlah kejayaan penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil masa beratus tahun untuk direalisasikan. Janji Allah itu pasti...cuma masa yang menetukan cepat atau lambat sahaja. Mungkin Allah menangguhkan kemenangan untuk sesuatu yang lebih baik...Jika kegemilangan al-Fateh kerana pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik..mengapa tidak kita??

Wallahu'alam...

p/s : exam masih berbaki..satu lagi paper dan perjuangan akan tetap diteruskan..doakan segalanya dipermudahkan..insyaAllah

        

Saturday, June 15, 2013

Assalam...

        Dush!! Hectic week... sangat-sangat!! Countdown lagi 10 hari nak final exam...stress!time ni lah nak jadi macam-macam! berserabut...Hasbunallahu wa ni'mal wakil..wa ni'mal maula wa ni'man nasir.... tajdid niat, study untuk Allah..moga dipermudahkan segalanya..Ameen..



just a few weeks before Ramadan... first time exam waktu bulan puasa kt uni,... Ya Allah,kuatkanlah aku,  istiqamahkan diriku..jadikan aku abid Rabbani bukan abid Ramadani!! kejar Dean List untuk final, & kejar Deen List dlm hidup...


Ganbatte for diz exam, keep moving n start a new life for this Ramadan n future sem...HENSHIN!!!

Wednesday, February 06, 2013

Cerita Melayu pun best jugak...

Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...
Assalamualaikum..

                 Hehe, Lamo bona ghasonyo dah eden tak bukak blog ni ha! Otak dah beku tepu nak menulis, tak dapek la eden nak menolong kan (ecece..feeling oghang nogori pulak)...Tak kisah lah ye, sila abaikan semua tu...Bersempena cuti-cuti macam ni, aktiviti sampingan haruslah berehat dan menyempatkan diri tengok tv kan,drama Melayu yang berlambak sekarang ni ...tapi, janganlah lagho sangat sampai lambat-lambatkan benda wajib, ye tak??

            Hehe,memang sekarang ni tengah fenomena adaptasi drama daripada novel, rasanya start daripada 'Kau Laksana Bulan' yang tayang kat tv2 dulu, tapi macam tak famous sangat, sampailah ke Nora Elena, Adam Hawa dan  cerita 'Setia Hujung Nyawa' pulak yang meletop & famous amos sekarang (dah episod akhir pun petang ni). Honestly, cerita adaptasi ni memang best, boleh feeling2 gitu.. sebab biasanya penulis akan cerita  jalan cerita suwit muwit  yang memang menjadi cita rasa rakyat jelata zaman sekarang kan..memang confirm rating boleh tinggi,  cuma yang kurang rasanya waktu cerita ni tak sesuai, waktu maghrib...dan  lagi satu cerita type macam ni sebenarnya mengkhayalkan, buat ramai orang nak kahwin awal, terlalu kejar cinta manusia...sedangkan realiti perkahwinan bukan sekadar nak romantik2 je dan hidup ni tak semestinya happy ending kan...

                                           Nora Elena & Seth Tan (asal nama mcm setan?)
                                                      Macam cerita seram pulak?

                       ....selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan


err.. ni korea...

           Tapi bukanlah maksudnya cerita bukan adaptasi ni tak best...banyak jugak drama-drama Melayu yang berkualiti dan best macam arahan Kabir Bhatia ke Murali Abdullah...tengok shot pun dah best!! Dan cerita yang baru habis semalam, Debunga Lalang pun memang terbaik...sedih, sob2 sangat, ditambah lagi dengan lagu Dikalung kasihan, Imran Ajmain..kisah ibu yang tak mengaku anak...ada ke ibu yang macam ni?? Drama ni memang digarap dengan baik..kudos untuk pengarah!! Kalau nak tahu sinopsis, rajin-rajinlah men'google' ye..

Ni lah dramanya..


                                                                   link dari sini

           Apapun, walau apa cerita yang kita tengok sekalipun termasuklah diri sendiri yang boleh tahan suka tengok tv ni...pandai-pandailah kita berfikir dan ambil pengajaran..yang elok jadikan teladan, yang tak elok jadikan sempadan...cerita hanya sekadar lakonan, manusia yang menentukan pengakhirannya...tetapi hidup ialah realiti, semua ditentukan Ilahi...pesanan ikhlas daripada penulis, tujuan hidup kita yang sebenar tak lain dan tak bukan ialah Allah yang Satu, apa pun yang kita lakukan..kembalilah kepada realiti dan capailah keredaanNya!!


                                                                       lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


p/s : eheh!Banyak tahu drama Melayu pun sebab waktu matrik dulu roommate ni memang suka suggest cerita Melayu yg best2 n berkualiti, apapun berharap lebih banyak drama islamik yang mengikut syariat akan keluar..bukan sahara, hehe ..btw,cerita Melayu pun best jugak!!lain kali kita cerita lain pulak..review buku  ke??
        



Daripada eden,

Che’kitakato


        

Sunday, January 06, 2013

....Urm

Bismillahirrahmanirrahim.....

        Salam'alaik...


                 Again...time flies so fast, it's January now and a year has passed by!! Still can't believe I'm already twenTEEN! Seriously, 2012 has left footprints on my heart. Many things happened on me. Sad, joy, surprises, bad feeling, good feeling...everything I felt throughout the year. I still remember from the moment when I was in matriculation. We, roommates will have split personality disorder as we still awake after midnight, struggling in PSPM 2 as it was everything to us, confused of what course that we should choose in UPU, movies-marathon-for-the-whole-night ,crying..tightly hugging my roommates on our last day as we will never ever meet after that...and now continued my journey in UiTM Jengka.




               Honestly, I have mix feeling when I got offered from UiTM Jengka as I actually eagerly wants to further my study in RU. Plus, when the course I got was not my first choice. But, yeah...when I think thoroughly...who am I to blame my fate.Truly, Allah knows me the best. He is the best planner after all. And now I realized, UiTM Jengka is not bad as what I thought, seriously NOT! Then, for those who doubt, sad or maybe regret to study here...Just remember, wherever we are, we are the one who set our mind. Never put high expectation to something as we might disappointed in the end, never judge negatively on something as we might love it someday...just stay calm, enjoy and appreciate what we have now...try to find the rainbow that Allah hide behind all this and you will feel the heaven of your life.Don't believe me??? Just try it yourself. I've granted with good people around me, lovely roommates that help me a lot, colour my life, make me smile and a place for me to share all the crazy stories that I love them so much lillah...Dear roommates, even we might separate for the next sem, please keep our ukhuwwah forever...I love all of you because of ALLAH....

                
                And also, 2012 was also a year that change me a lot... I realize how bad and 'taqlid' I was before this..and I have grateful that Allah give me a lot of people that can guide me here...many things  have changed my perception about life and realized how crucial we have to manage our time wisely...Allah did not create us, human or anything in this whole wide world for any foolish purpose unless for worship Him and become a caliph in this world...

               Last but not least, may Allah bless me, you and everyone who read this blog..."Ya Allah,Tuhan yang memegang hati-hati kami, janganlah Kau bolak-balikkan hati-hati kami setelah Kau kurniakanlah hidayah kepada kami..tetapkanlah kami di jalanMu dan peliharalah iman kami...Sesungguhnya, tidak lain tidak bukan Kaulah Tuhan yang berhak disembah...Lastly, 2012, a year that will be remained in my memory forever...sweet, sour and salty in my life...May 2013 be a better year and may us shower with happiness and success....

Goodbye 2012..you have gone forever and we will never meet again..Thanks for all the memories and Please rest in peace....

Your Truly,


Che’kitakato

p/s: As we happy wif our life, don't forget with our brother and sisters in Gaza, Syria and all places.. May Allah give them freedom and 'success...Later or sooner, Islam will dominate the world again..Amee.