" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu...."
بسم الله الرحمن الرحيم


Monday, July 02, 2012

Hujan Oh Hujan



As-salam....




         mood menulis=hujan lebat+kesejukan+gelap. Sejak dua tiga hari ni dah selalu hujan kat sini, dan hari ni adalah yang paling kemuncak rasenya. Hujan lebat+ribut+angin+guruh+blackout= scary.
Tiba-tiba terfikir pulak macam mana la orang gelandangan yang tak ada rumah, mesti rasa sejuk, rasa takut, rasa sunyi. Berlindung di sebalik kotak je, tak pun di kaki-kaki lima. Macam mana pulak kalau rumah yang bocor, terpaksa letak baldi untuk menakung air, baju habis basah kena tempias. Ini belum lagi dengan mangsa banjir, mangsa tsunami, terus ranap rumah. Makan minum pun belum tentu terjaga. Macam mana pulak kalau kita sendiri yang ada pada situasi ni? Nauzubillah. Terima kasih Ya Allah, sekurang-kurangnya Kau berikan tempat berlindung & udara untuk kami bernafas selama ni.


       Dan satu lagi teringat masa zaman sekolah rendah, kanak-kanak ribena dulu, setiap kali hujan mesti nak main kat luar, tapi kalau lebat sangat dgn ada guruhnya & kilat, confirm rasa takut, rasa nak tutup telinga, rasa nak tidur, rasa nak nyorok dalam selimut dan rasa macam nak kiamat. Lagi-lagi kalau hari tu hari jumaat. Tambah-tambah pulak kalau hujan tu waktu kat sekolah agama, dengan  pokok kapas yang kalau ada angin mesti kapas tu terbang ala-ala langsuir tak pun terfikir kalau-kalau pokok tu tumbang. Time tu la ingat nak mati, rasa nak insaf, baru nak baca ayat Quran, baru terfikir amalan tak cukup lagi...semua berputar2 di kepala. Aduh...jahil betul rasanya. Kan bagus kalau setiap masa ingat macam tu, lagi-lagi bila dah besar sekarang. Tapi, lagi malu kalau tengok budak-budak kecik baya tadika pandai baca doa waktu guruh@kilat, kalah orang yang dah besar. Kerdilnya rasa. Rasa suci je mata memandang. Rasa macam nak rewind ke zaman kanak-kanak. Zaman yang belum banyak buat dosa.

p/s:...okay,hujan dah berhenti.Suka dengan bau basah lepas hujan (petichor) ni, rasa fresh je. Terima kasih jugak buat pak cik TNB yg betulkan elektrik ni. Lain kali kalau hujan boleh baca doa ni:



  



Jangan lupa jugak hujan ni antara waktu mustajab utk berdoa. Apa lagi, moh la kite berdoa!


quote a day: life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning how to dance in the rain.



No comments: