" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu...."
بسم الله الرحمن الرحيم


Monday, August 19, 2013

Now..back to reality!!

Assalam...

        Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone!!! Mohon maaf zahir & batin andai ada terkasar bahasa, perbuatan, & termasam muka. Lama dah rasanya hilang daripada segala media sosial, fb mahupun telefon...bukan merajuk ye cuma ada beberapa  kekangan yg tak dapat nak dielakkan. Alhamdulillah, raya tahun ni rasa paling bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pertama kali beraya di perantauan, walaupun bukan sebab belajar di overseas (bez jgk kalau dapat peluang, insyaAllah) ataupun sebab melancong tapi alhamdulillah diberi kesempatan menjadi tetamu Allah untuk 18 hari...Sebenarnya, preparation untuk beraya tahun ni memang tak de sangat sebab bertarik tali dengan keputusan untuk ke tanah suci. Alhamdulillah 3 hari sebelum tarikh fly, baru tahu dapat pergi...


berlatar belakangkan  masjidilharam..(orang dalam gambar tiada kena mengena dengan penulis & keluarga)

        Subhanallah, kalau nak cerita keindahan di sana,tak terkata rasanya...dah banyak pun blogger2 yang tulis travelogue pengalaman di tanah suci.Terlalu banyak iktibar yang Allah tunjukkan di sana. Sangat-sangat kerdil rasanya diri ni. Rasa macam tak percaya sangat-sangat bila nampak Kaabah depan mata, automatik memang mengalir terus air mata waktu tu. Dalam hati dah cakap dah "Ya Allah, aku tau banyak sangat dosa aku, tak layak rasanya aku berdiri di hadapan rumahMu". Allah je yang tau perasaan waktu tu. Terlalu ramai manusia berkumpul yg tak lain tak bukan semuanya nak mengabdikan diri kepada Allah..daripada yang masih gagah berjalan, sampailah yg jalan terdengkot-dengkot, berkerusi keroda,yg kurang upaya malah ada yang mengengsot ketika tawaf dan kalaulah dapat digambarkan keadaan manusia beribadah di sana...Subhanallah, malunya diri yg cukup sifat dan sihat walafiat ni nak melengahkan solat, malunya diri yg diberi sedikit rezeki  oleh Allah ni tp tak berkongsi sedangkan terlalu ramai lagi manusia  yg berebut untuk bersedekah.Bayangkan, kat sana semua berebut-rebut nak bagi sedeqah pada orang, walaupun cuma tisu dan tuang air, tapi sgt besar pahalanya lagi2 di tanah suci ...malunya diri dalam keadaan muda tapi susahnya untuk membaca al-quran walaupun satu muka surat sedangkan kat sana, orang-orang masuk masjid je terus menelaah al-quran..kagum betul!!
ramai sangat orang! antara gambar yang sempat ambik..waktu ni bulan puasa

        Paling menusuk rasanya waktu bacaan qunut nazilah dalam solat witir setiap malam..nak kata lama memang lama, adalah dalam 30 minit lebih tapi subhanallah memang lengkap sangat doanya..boleh meremang terus bulu roma ni dengar suara rintihan imam tu baca doa. Even yg faham sikit2 ni pun boleh terkesan..apatah lagi orang-orang arab yang faham ni, memang menangis habis-habisan. Lagi-lagi waktu dibaca doa yg lebih kurang bunyinya "Allahummansur ikhwanina al-mujahideen fi Falastin, fi Burm, fi Suriah, fi Misr, fi kulli makan, fi kulli zaman"...Ya Allah, cuba bayangkan kalau doa 40 orang Muslim pun boleh mustajab..inikan pulak doa yang diaminkan beratus ribu manusia, yang dalamnya ada ulama2, hafiz hafizah, atau mungkin jugak wali-wali Allah..apatah lagi di Tanah yang Allah janjikan berganda-ganda pahalanya..Subhanallah!!!

      Dan sekarang...dah balik ke tanah air, kembali semula kepada realiti. Rindu sangat dengan suasana di sana tapi perjuangan di sini masih jauh lagi untuk diteruskan. Cabarannya untuk terus istiqamah. Sebak bila baca info-info di media massa tentang Mesir lagi-lagi bila tak mampu untuk membantu. Berilah kekuatan kepada yang benar, Ya Rabb..janjikanlah syahid kepada mereka. Menangkanlah Islam ke atas kami. Ameen..


notakaki : Bila fikir, tebalnya lagi penyakit 'wahn' dalam hati. Kalaulah saat ni Allah panggil kembali, apalah jawapan untuk soalan apa yang aku lakukan untuk Islam ketika di dunia?? Astaghfirullah... Sahabat.. bimbinglah aku kepadaNya, nasihatilah aku ketika lalai....tegurlah aku jika aku merasa diriku 'watak putih' dalam dunia ini..






manusia biasa,

Che’kitakato