Alhamdulillah...It's Ramadan, again! feeling happy?? happy fasting everyone!! ^_^. Cepat rasanya masa berlalu...macam baru beberapa hari lepas menulist post Ramadan tahun lepas. Alhamdulillah, pertama kali berpuasa di U, pengalaman yang tak jauh berbeza dengan matrik..tapi yg penting semua benda kena berdikari. Teringat momen zaman sekolah menengah yang bangun sahur dikejut, dapat vitagen waktu sahur, sediakan makanan berbuka ramai-ramai ikut dorm, terawih di surau sekolah..Allah, rindunya saat-saat tu. Benarlah, kadang-kadang kita akan lebih menghargai perkara yang lepas berbanding menghargai sesuatu yang masih ada di hadapan kita. Semoga tahun ni membawa keberkatan dan seribu makna buat kita.Nampak tak, sayangnya Allah pada kita, masih ada lagi peluang kita untuk menyambut Ramadan tahun ni...
Sejujurnya, Ramadan kali ni sangat bercampur-baur buat saya. Gembira, sedih..semua ada. Hari ni kita lihat dunia Islam sangat-sangat dizalimi!! Saat-saat kita bersedia untuk melangkah kpd Ramadan, kita dikejutkan dengan macam-macam peristiwa sedih. Bermula dengan isu Syiah,penggulingan Dr Morsi, sehinggalah kpd tragedi Subuh berdarah yg meragut banyak as-syahid di Mesir. Sungguh, saya kagum dengan kecekalan rakyat-rakyat Mesir sekarang walaupun masih ada sebilangan yg menganggap Dr Morsi sebagai diktator.Jujur saya katakan, jika perkara ini berlaku kpd kita (Nauzubillahiminzalik), belum tentu lagi kita masih bertahan seperti mana mereka.
Bukan mudah untuk berada di puncak kejayaan, memerlukan perjuangan yang tidak henti-henti dan pengorbanan yang besar. Lihatlah kejayaan penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil masa beratus tahun untuk direalisasikan. Janji Allah itu pasti...cuma masa yang menetukan cepat atau lambat sahaja. Mungkin Allah menangguhkan kemenangan untuk sesuatu yang lebih baik...Jika kegemilangan al-Fateh kerana pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik..mengapa tidak kita??
Wallahu'alam...
p/s : exam masih berbaki..satu lagi paper dan perjuangan akan tetap diteruskan..doakan segalanya dipermudahkan..insyaAllah


